Inilah Ragam kami semasa berkursus..hasil dari kursus ini kami dapat membuat Blog...tahniah kepada tenaga pengajar dari Negara India.
Tuesday, 22 January 2013
Tuesday, 8 January 2013
Hari Pertama Persekolahan Harraz
Hari pertama mendaftarkan anak ke sekolah membuatkan aku sedikit terkejut...pejam..celik..tido..bangun rupanya dah 7 tahun umur anak aku. Macam baru semalam aku rasakan buaikan dia tidur dalam buaian elektrik yang menjadi habitnya. Apapun tahniah la pada Wan Muhammad Yadiy Harraz kerana bersedia dari awal pagi untuk sesi persekolahan ini.
Tanggal 2 Januari 2013 maka bermulalah alam persekolahan untuk anakku. Semangatnya jelas kelihatan dengan bangunnya tidur pada jam 5.30 pagi. Nasib baik aku dah apply 2 hari cuti lebih awal untuk memudahkan aku menguruskan dia ke sekolah. Kesian pulak aku lihat dia..kebiasaannya dia bangun tidur pada jam 8.00 pagi setiap hari.(Itu pun kalau dia kencing tilam...hehehe..). Dipendekkan cerita bila sampai ke sekolah, aku pulak yang sedih kerana teringat zaman aku sekolah dulu..sampai kat sekolah ibubapa lain sibuk mengurus dan menunggu anak mereka sampai masuk ke kelas. Berlainan dengan aku yang ditinggalkan terus kat sekolah untuk masuk kelas dan sebagainya.
Tapi semua itu hilang tatkala melihat anakku melambaikan tangan kepadaku sebelum masuk kelas. Bergenang airmataku melihat gelagat dia. Malah dia sempat memberitahu "papa tunggu harraz kat kantin tau nanti..jangan balik ya". Aku mengiakan kata-katanya.(dalam hati memang papa tunggu pun). Bukan apa..hari pertama memang budak-budak huhu hara sikit. terutamanya time rehat. Lagipun anakku ini bukan pandai sangat nak membeli makanan. Apatah lagi nak membayar. So untuk memudahkan semua ini maka aku dah beli siap2 makanan untuknya...
Bila tiba time rehat aku memerhatikan yang Harraz tercari-cari aku. Bila dia nampak aku bukan main gembiranya dia. Mulalah dia bercerita yang seronok sekolah...ada kawan ramai...tapi Harraz tak kawan pun. Aku iakan saja apa yang dicerita. Bestnya sambil cerita mulut tu mengunyah makanan macam lama x makan. Lepas makan ada pulak pesanan penaja "Harraz nak pesan nie...papa tunggu harraz balik nanti ya". Amboi siap cakap macam tu. Macam la papa dia ni tak tunggu. Harraz...Harraz...

Subscribe to:
Comments (Atom)