Tuesday, 22 January 2013

Kursus Aplikasi Internet 2012 Di IPPTAR

Inilah Ragam kami semasa berkursus..hasil dari kursus ini kami dapat membuat Blog...tahniah kepada tenaga pengajar dari Negara India.





Tuesday, 8 January 2013

Hari Pertama Persekolahan Harraz

Hari pertama mendaftarkan anak ke sekolah membuatkan aku sedikit terkejut...pejam..celik..tido..bangun rupanya dah 7 tahun umur anak aku. Macam baru semalam aku rasakan buaikan dia tidur dalam buaian elektrik yang menjadi habitnya. Apapun tahniah la pada Wan Muhammad Yadiy Harraz kerana bersedia dari awal pagi untuk sesi persekolahan ini.

Tanggal 2 Januari 2013 maka bermulalah alam persekolahan untuk anakku. Semangatnya jelas kelihatan dengan bangunnya tidur pada jam 5.30 pagi. Nasib baik aku dah apply 2 hari cuti lebih awal untuk memudahkan aku menguruskan dia ke sekolah. Kesian pulak aku lihat dia..kebiasaannya dia bangun tidur pada jam 8.00 pagi setiap hari.(Itu pun kalau dia kencing tilam...hehehe..). Dipendekkan cerita bila sampai ke sekolah, aku pulak yang sedih kerana teringat zaman aku sekolah dulu..sampai kat sekolah ibubapa lain sibuk mengurus dan menunggu anak mereka sampai masuk ke kelas. Berlainan dengan aku yang  ditinggalkan terus kat sekolah untuk masuk kelas dan sebagainya.

Tapi semua itu hilang tatkala melihat anakku melambaikan tangan kepadaku sebelum masuk kelas. Bergenang airmataku melihat gelagat dia. Malah dia sempat memberitahu "papa tunggu harraz kat kantin tau nanti..jangan balik ya". Aku mengiakan kata-katanya.(dalam hati memang papa tunggu pun). Bukan apa..hari pertama memang budak-budak huhu hara sikit. terutamanya time rehat. Lagipun anakku ini bukan pandai sangat nak membeli makanan. Apatah lagi nak membayar. So untuk memudahkan semua ini maka aku dah beli siap2 makanan untuknya...

Bila tiba time rehat aku memerhatikan yang Harraz tercari-cari aku. Bila dia nampak aku bukan main gembiranya dia. Mulalah dia bercerita yang seronok sekolah...ada kawan ramai...tapi Harraz tak kawan pun.  Aku iakan saja apa yang dicerita. Bestnya sambil cerita mulut tu mengunyah makanan macam lama x makan. Lepas makan ada pulak pesanan penaja "Harraz nak pesan nie...papa tunggu harraz balik nanti ya". Amboi siap cakap macam tu. Macam la papa dia ni tak tunggu. Harraz...Harraz...


Wednesday, 7 November 2012

Tujupakale

Suatu hari di kedai mamak, seorang lelaki bertanya kepada seorang mamak yang bekerja di situ..

Hasrul : dey mamak apa password WIFI kat sini?
Mamak : apa WIFI??
Hasrul : ini kedai punya internet la..
Mamak : Ooo..itu macam kalu, password dia tujupakale jugak
Hasrul : hah??
Mamak : “tujupakale..!”
Hasrul : Apa tu..??
Mamak : Aiyoo..awak tanya passwordkan... tujupakale la..
Hasrul : Password dia tajupakale..!
Mamak : ya... tujupakale

Hasrul pun menaip T.U.J.U.P.A.K.A.L.E. (ternyata salah)

Hasrul : dey, mamak apa password dia??
Mamak : tujupakale la…sudah tanya banyak kali jugak..aiyoo!!
Hasrul : kau bagi salah la, tu yg aku tanya balik
Mamak : mana ada salah..tujupakale
Hasrul : tak boleh la dey!!
Mamak : boleh la…
Hasrul : ko datang sini tengok aku taip..(mamak tu pun datang) kalo tak boleh kepala ko aku tuju!
Mamak : aiyoo abang jangan marah la..awak satu kali saya tengok (Hasrul pun taip)
Hasrul : ko tengok aku taip T.U.J.U.P.A.K.A.L.E… tengok, mana dapat!!
Mamak : dey, abang mari sini saya taip..awak kasi tekan salah butang jugak..
Hasrul : eh, ye ke…kau tekan la
Mamak : ini macam tekan la 7777
Hasrul : “ini TUJUH EMPAT KALI..!!”
Mamak : betul la saya cakap tujupakale..
Hasrul : %@$#@%#!!!!….

Mandikan kucing

Seorang budak lelaki berusia lingkungan 8 tahun membeli sekotak sabun dari sebuah kedai runcit...

Pekedai: Banyak sangat ke pakaian yang hendak dibasuh?

Budak: Saya nak mandikan kucing...

Pekedai: Eh, tak boleh gunakan sabun ni... Sabun ni terlalu kuat untuk kucing... silap-silap kucing kamu boleh mati...

Budak itu terus berlalu setelah membayar harga sabun... Seminggu kemudian, budak itu kembali ke kedai runcit tersebut...

Pekedai: Bagaimana kucing kamu?

Budak: Mati...

Pekedai: Bukan Pak Cik dah kata....

Budak: Tapi saya tak fikir sabun itu yg membunuhnya...

Pekedai: Habis, siapa yang membunuhnya?

Budak: Mesin basuh tu... ia berpusing terlalu laju...

hahaha...

Nasib Peragut

Nasib malang kepada 2 peragut yang telah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung telah selesai. Salah seorang penduduk tempatan yang berang dengan kedua-dua peragut telah membawa keluar parang tajam yang berkilat untuk menetak leher peragut tersebut.

Bagaimanapun perbuatannya sempat dihalang oleh orang ramai. Namun ketika peragut itu ditangkap, saksi mengatakan tidak ada barang berharga ditemui.

Salah seorang penduduk tempatan yang juga merupakan ketua kampung berang kepada peragut itu telah memerintah anak buahnya menyembelih kedua-dua peragut ini. Kaki-kaki peragut diikat sambil bertakbir, kedua-dua peragut telah disembelih tanpa sedikitpun ada perasaan belas kasihan.

Darah menyembur keluar, namun tiada penduduk menghalang perbuatan tersebut, kerana yang disembelih itu ialah seeokor kambing dan sesekor lembu yang meragut rumput untuk korban sempena hari raya korban...

sekian...